Segi Fresh Members Terms and Conditions
EN
Welcome to Segi Fresh Members, a loyalty program managed by Segi Cash & Carry Sdn. Bhd. (referred to as “SCC”). For inquiries, please contact our Customer Service Careline at 012-889 5266.”
Membership:
- Membership and points are owned by SCC, which may change its terms and conditions at any time.
- Applicants must be at least 18 years old.
- Each member can have one Segi Fresh Members account; additional accounts may be merged or cancelled.
- Members must provide accurate information and keep it updated to avoid losing Segi Fresh Rewards Points.
- Membership is categorised as Member or Peniaga, each with varying benefits that we may update from time to time.
- Members are responsible for their accounts and security details; SCC are not responsible for losses.
- SCC may decline, withdraw, or cancel accounts for misuse, breach of terms dan conditions, or misconduct.
- Segi Fresh Members accounts and points are not transferable.
- Members can terminate their membership at any time. Any unutilised rewards points will be forfeited.
- Members can continue a deceased family member’s membership by submitting a written request to SEGI CASH & CARRY SDN. BHD.
Points:
- Members earn one point for every RM1.00 transaction, excluding selected items.
- Members must present membership ID/barcode at checkout to earn points.
- Points are valid for one year from the purchase date.
- Points may be removed for refunded transactions or exchanges.
- Points may be cancelled if collected in breach of terms.
- The minimum reward points required to redeem SEGI FRESH e-Cash Vouchers is 1500 points. Refer schedule below:
- 1,500 Points = RM 5 e-Voucher3,000
- Points = RM 10 e-Voucher
- 15,000 Points = RM 50 e-Voucher
- e-Cash Voucher is redeemable via Segi Fresh member app only.
- e-Cash Voucher is valid for twelve months (12 months) from date of redemption.
General:
- These terms replace previous ones and may change for legal, regulatory, business, or policy reasons. Continuing membership after changes means accepting updated terms.
- Membership and benefits are at the discretion of SCC.; we can modify them as needed.
- We strive to provide accurate information to Members, but we are not held liable for inaccuracies or errors in Membership information and terms.
- SCC disclaim any responsibility for technical failures within the Membership system.
- For more information, contact our Customer Service Careline at 012-889 5266.
Privacy and Personal Data Policy :
We respect your data privacy rights and comply with Malaysian data protection laws. Read our Privacy and Personal Data Policy.
BM
Selamat datang ke Segi Fresh Members, program Member Segi Fresh yang diuruskan oleh Segi Cash & Carry Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai “SCC”). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 012-889 5266.
Keahlian:
- Keahlian dan mata ganjaran adalah hak milik SCC dan SCC berhak untuk meminda terma dan syarat pada bila-bila masa.
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Setiap ahli hanya dibenarkan memiliki satu akaun Segi Fresh Members. Akaun tambahan boleh digabungkan atau dibatalkan.
- Ahli perlu memberikan maklumat yang tepat dan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kehilangan Mata Ganjaran Segi Fresh.
- Keahlian dikategorikan sebagai “Member” atau “Peniaga”, dengan manfaat yang berbeza-beza mengikut kemaskini dari masa ke semasa.
- Ahli bertanggungjawab ke atas keselamatan dan maklumat akaun mereka. SCC tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian.
- SCC berhak untuk menolak, menarik balik, atau membatalkan akaun sekiranya terdapat penyalahgunaan, pelanggaran terma dan syarat, atau salah laku.
- Akaun Segi Fresh Members dan mata ganjaran tidak boleh dipindah milik.
- Ahli boleh menamatkan keahlian mereka pada bila-bila masa. Mata ganjaran yang tidak ditebus akan luput serta-merta.
- Pewaris boleh meneruskan akaun ahli keluarga yang telah meninggal dunia dengan membuat permohonan bertulis kepada Segi Cash & Carry Sdn. Bhd.
Mata Ganjaran:
- Ahli akan memperoleh satu (1) mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1.00, tidak termasuk barangan tertentu.
- ID/Barcode ahli mesti ditunjukkan semasa pembayaran untuk memperoleh mata ganjaran.
- Mata ganjaran sah selama satu (1) tahun dari tarikh pembelian.
- Mata akan ditolak bagi transaksi yang dipulangkan atau ditukar.
- Mata boleh dibatalkan sekiranya diperoleh dengan melanggar terma dan syarat.
- Mata ganjaran minimum yang diperlukan untuk penebusan Baucar e-Tunai SEGI FRESH adalah seperti berikut:
- 1,500 Mata Ganjaran = RM 5 e-Voucher
- 3,000 Mata Ganjaran = RM 10 e-Voucher
- 15,000 Mata Ganjaran = RM 50 e-Voucher
- Baucar e-Tunai hanya boleh ditebus melalui aplikasi Segi Fresh Members.
- Baucar e-Tunai sah selama dua belas (12) bulan dari tarikh penebusan
Umum:
- Terma ini menggantikan mana-mana terma sebelumnya dan boleh diubah untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau dasar syarikat. Penerusan keahlian selepas perubahan dianggap sebagai penerimaan terma baharu.
- Keahlian dan manfaat yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara SCC dan boleh diubah suai dari semasa ke semasa.
- SCC akan sedaya upaya memastikan ketepatan maklumat yang diberikan, namun tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau ketidaktepatan maklumat.
- SCC tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan teknikal dalam sistem keahlian.
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 012-889 5266.
Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi:
Kami menghormati hak privasi data anda dan mematuhi undang-undang perlindungan data di Malaysia. Sila baca Polisi Privasi & Perlindungan Data.