Kongsikan:
Dying for a Fresh Impact? We got you
Diskaun Kakitangan
Pertumbuhan Kerjaya yang Besar
perlindungan pesakit luar & insurans tanpa tunai
Bonus & kenaikan telus
Kehidupan di Segi
Budaya Kita
Di Segi Fresh, berkhidmat bersama kami bukan sekadar bekerja biasa. Ia dapat membantu anda mengembangkan nilai keusahawanan anda selaras dengan dunia peruncitan yang bergerak pantas lagi dinamik.
Tumbuh bersama kami
Pembangunan keusahawanan adalah objektif pemimpin kami. Kami memupuk bakat dalaman kami untuk memastikan semua orang diberi peluang yang adil untuk maju sambil sejajar dengan pertumbuhan perniagaan kami. Kami mengamalkan perkara berikut untuk meningkatkan secara progresif:
- Kebebasan berkongsi fikiran dan pandangan
- Merangkul perubahan yang berterusan
- Menggalakkan dan membolehkan inovasi
- Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan insaniah
- Mempromosikan budaya penyayang dan pemain berpasukan
Pameran Kakitangan
Shaiful Azman Bin Manaf
Pengurus Kanan, Ibu Pejabat Penyelenggaraan
Semenjak saya menyertai Segi Cash & Carry, saya telah berjaya membina kemahiran dan karier yang membanggakan selama 8 tahun saya bersama syarikat.
Saya lebih bermotivasi dan kompeten untuk meneruskan perjalanan karier saya bersama Segi Cash & Carry.
Kerana tiada yang sukar disini, latihan dan bimbingan disediakan.
Bermula sebagai Pengurus Stor dan kini saya telah berjaya memegang jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Pengurus Kawasan.
Jom… Bina karier anda bersama kami.
Rasidi Bin Saparuan
Pengurus Kawasan, Ibu Pejabat
Sepanjang bekerja di Segi Fresh, pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari terutamanya dari segi jualan borong berlandaskan konsep baru. Saya mula bekerja dari tahun 2015 hingga kini, bermula sebagai Senior Store Manager, Store Opening Leader dan kini sebagai Area Manager.
Saya amat berbangga dan teruja bekerja di sini kerana syarikat ini sentiasa mengilhamkan idea idea baru dan penambahbaikan, tambah nilai sering diutamakan sejajar untuk merealisasikan misi dan visi syarikat.
Misi
Mewujudkan nilai untuk komuniti, pengguna dan vendor kami
Visi
Pemborong makanan ikonik di Malaysia
Mohd Nazri Bin Busran
Store Manager, Segi Fresh Ampang
Sejak saya berkhidmat dengan Segi Fresh, banyak perkara yang dapat saya pelajari dan ianya membantu untuk meningkatkan pretasi kerja saya.
Saya bermula dengan Store SUD dan selepas itu diberi peluang untuk membuka Store BKS dan sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menguruskan Store AP.
Segi Fresh adalah syarikat yang mampu untuk memberikan pelan pembangunan kerjaya kepada saya sekarang dan masa hadapan.