Memandang Ke Masa Depan
Kumpulan SEGI menyasarkan untuk membuka pasar raya Segi Fresh ke-100 menjelang penghujung 2023, disokong oleh tumpuan khusus terhadap penembusan pasaran di Lembah Klang dan di lebih banyak kawasan, terutama di sekitar utara Semenanjung.
Dengan 60 kedai dalam tangan, 40 cawangan lagi akan dibuka secara berperingkat dengan fokus syarikat untuk mewujudkan rangkaian logistik yang lebih baik menuju ke utara dan memanfaatkan makanan laut dan petani untuk dipasarkan di Segi Fresh.
Sehingga kini, Segi Fresh sudah pun berada di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak meliputi pelbagai bentuk premis perniagaan termasuk bangunan bujang yang mencecah keluasan sehingga 40,000 kaki persegi.
Bagi kedai baharu itu, tumpuan adalah beroperasi di premis berbentuk kedai membabitkan tiga hingga lima lot dengan keluasan sekitar 5,000 hingga 7,000 kaki persegi. Memandangkan lebih ramai pelanggan kini lebih suka mengunjungi pasar raya bersaiz kecil, untuk mencari kemudahan, ia menjadi model perniagaan yang lebih sesuai.
Dengan harapan untuk memastikan perniagaan Segi Fresh berkembang sejajar dengan faedah kepada nelayan dan petani tempatan melalui inisiatif itu, mendapatkan bekalan terus daripada mereka tanpa orang tengah bagi membolehkan nelayan dan petani menjana pendapatan yang lebih baik.
Ini juga bertepatan dengan objektif Segi Fresh yang bukan sahaja mahu menyediakan hasil segar kepada pelanggannya tetapi juga mewujudkan peluang kepada masyarakat setempat dari segi pekerjaan dan pendapatan.